Soalan yang diajukan?
Citer die gini. kete ni 1995 punye. tak tau sgt ttg kete. beli cash 4000 coz nk gune tuk blaja. p2, kawan gune, langgar moto, tu yg ganti bumper putih n ijo tu. skg ni, ade member cadangkan tukar je body kete pade L5, p2 cat. err. sbnrnye tk tau sgt selok belok ni. skg ni, nk tanya bajet brape kalau tuka body, cat biase brape(cat merah), p2 ganti sport rim... owh, ye, kete saya ni macam minyak itam bocor sbb setiap minggu saya kena isi hampir stgh litre..org kata kene tuka enjin terus, yeke? lgi... hmmm.. sori la ye, tanya awak dgn model kete cikai je.. kalau mhl sgt nk jadikan kete ni macam "kete kancil baru", saya mungkin baiki sket2,
Ape pun kami cuba dengan jawapan seperti dibawah
Terima kasih kerana sudi singgah blog kami ... Pada cadangan untuk tukar body pada versi L5 tu... kami cuma dapat berikan anggaran membuat salinan model L5 tersebut lebih kurang RM 700 hingga RM 1200 termasuk upah pasang tapi.. kami beri tahu awal-awal... sila rujuk dulu pada JPJ (kemungkinan tak lepas) kerana salinan versi model L5 tu fender tepi kena tukar dan modifide skit untuk menyambungkannya...berbeza dengan salinan model L2 hanya tukar kulit luar je... harga sport rem Mira L5 dalam lingkungan RM 800..
Tentang cat kami berikan anggaran cat biasa, solid 2k, metalik, pearl harga diantara RM 1500-RM 2500.. tetapi selalunya owner kena hantar kat bengkel cat untuk rujuk semula.. kerana harga cat bergantung keadaan body sesebuah kereta tersebut...
Pasal enjin minyak hitam bocor.. saya tak boleh berikan ape sebab kerana maklumat yang ade kurang jelas..banyak kemungkinan menyebabkan minyah hitam selalu kurang..
1) Jika setiap pagi ada minyak hitam di atas lantai bawah kereta mungkin ade kebocoran berlaku. Biasanya ada tiga tempat di mana kebocoran berlaku di penyambung drive shaft, di penyambung gear box atau di oil sum gasket
2) Minyak hitam terbakar di dalam kebuk silinder bersama-sama petrol. Ini disebabkan 'ring' piston yang berfungsi menghalang minyak hitam masuk ke ruang pembakaran telah haus.Tanda yang dapat dilihat adalah asap yang keluar akan menjadi berwarna kebiruan dan berbau minyak hitam. Lama - kelamaan minyak hitam di dalam enjin akan berkurangan
3) Jika minyak hitam kita berkurangan tetapi tiada kebocoran dan tiada pelepasan asap kebiruan, cuba periksa air di radiator. Jika airnya berminyak, ini bermaksud terdapat kebocoran dalaman enjin yang menyebabkan minyak hitam masuk ke dalam saluran air penyejuk dan memerlukan enjin 'top overhaul' tukar gasket
4) Kadang-kadang minyak hitam akan berkurangan jika kita selalu memandu pada kelajuan tinggi (melebihi 120 km/j selama lebih 30 minit). Ini kerana minyak enjin terkeluar melalui bahagian atas penutup enjin atau top cover enjin. Biasanya ini tidak melibatkan apa-apa kerosakan, cuma jika kita ingin memandu pada kelajuan tinggi, pastikan kita menukar penutup minyak enjin kepada yang lebih tahan tekanan tinggi (macam enjin turbo).
ape pun kami tidak arif pada bahagian kerosakan ini... sila rujuk pada mekanik yang berpengalaman... harap maaf..
Perbezaan antara kancil convert L2 dan L5
Dari segi luaran memang nampak Perbezaan antara L2 dan L5 walaupun ader slight diffferent, tu semuer cosmetic jer... camne nak tahu skali buka bonet kita akan tahu tu enjin L5 atau L2....
Pada bahagian enjin
model L200, sohc 3cylinder, 64 hp, 12V
model L200s, sohc 3cylinder, 64 hp, 12V, enjin lebih komponen elektrik, model lepas l200
model L500, sohc 3cylinder, 64 hp, 12V, 1st generasi l5
model L502, dohc 4cylinder, 64 hp 16VL512, dohc 4cylinder, 64 hp, 16V, 4 wheel drive
kalo korang skodeng dari air scoop pandangan kasar cuma lihat 2 benda.
1. intercooler L2 ada cover steel/alloy manakala L5 cover plastik dan rupanya lebih kemas
2. cam cover l2 macam 660 std L200RS (Kancil stender) cam cover L5 warna silver/gray...
" Korang mesti tak pcaya JPJ selalu skodeng tengok dari lubang tu"
Tapi zaman sekarang ... boleh modifide bodykit tu je
Anggaran Bajet Harga bodypart untuk modifide kancil:
KancilL2s = RM 1000 (set bodypart depan), RM 550 (set bodypart blkang)
Kancil L502 =RM 700 - 900 (set bodypart depan)
Kancil L512 =RM 1200 (bumper depan saja)
Kancil L5 classic opti = RM 4000 - 5000 (set bodypart depan dan belakang)
Modifikasi Model Kancil L5
Modifikasi yang perlu dilakukan untuk menukar kancil kepada versi L5
Sesekali pandang ia tak ubah seperti sebuah Daihatsu Mira L502 sebenar. Apetah lagi ia kini hadir dengan keadaan 2 pintu sepenuhnya. tapi kebanyakkannya masih dalam bentuk 4 pintu.. Salinan kepada 2 pintu amat jarang sekali dapat dilihat , rata-rata yang melakukannya bertujuan untuk pertandingan autoshow sahaja. Kalau rasa nak pakai hari-hari, pandai-pandailah bawa diri....Adekah ianya sebuah L502 yang asli? Sebenarnya tidak, ia masih memegang nama kancil seperti di dalam surat beranaknya. Ape yang dilakukan ialah proses modifikasi yang cukup ekstrim untuk tampil menjadi sebuah L502 tulen... emmmm hampir tulin...
Nombor 1: kena ade serkop (air scoop) ..kat bahagian bonet
Nombor 2 : Amaran Modifikasi kancil kepada salinan L5 berkemungkinan JPJ tak lepas jika ade penyambungan welding pada body cuba lihat.. tetapi salinan L2s JPJ lepas.. ni kami bagi tau awal-awal
Nombor 3: Bumper depan tukar
Nombor 4: Lampu juga kasi tukar
Nombor 1 : Kiri kanan Side skirting pada pintu
Nombor 2 : Bonet siap ade skop udara (air scoop..)
Nombor 3 : Bumper belakang pun tukar
Complete body part L502 ambik kat halfcut harganya lebih kurang RM 700
Hah yang ni smua part hadapan bodykit L5 yang kamu kena tukarSide skirting tepi harga dalam anggaran RM 200Tak sah klu tak dapatkan set dashboard dengan anggaran harga RM 400Part-part lain yang kamu kena cari... seperti dalam pic ni tukar Seat asal dengan seat macam kat bawah Seat cam ni pun kira ok ape...Stearing biar nampak cam original....Daihatsu L5 Klu ade duit terlebih boleh tukar enjin .... gempak woiii
Kancil biru ni lampu sahaja yang tak di tukar
Bahagian tepi side skerting tepi kancil biru
Sepenuhnya L5 yang ditukar bahagian depan siap lampu Bahagian belakang kancil oren tersebut juga telah di tukar
Modifikasi Versi L2S plak ape citernya?
Kerana terlalu ramai yang mahu menjadikan kancil mereka jelmaan kepada siri Mira L500.. membuatkan kita terlupa akan model-model terdahulu yang cukup populor seperti Mira L200s...sewaktu zaman dahulu L200s dianggap garang kerana rupanya yang jauh berbeza dari model asal sebenar (kancil Standart)..Tak kisah lah L200s pun nampak cantik gak kan seperti yang aku cakap tadi modifikasi salinan L200s lepas dari sebarang sekatan JPJ.. ini pilihan jika tak mau berlaku sebarang masalah... Masih boleh tersenyum ketika melalui sekatan jalan raya. Kalu kena tahan pun rasanya JPJ tak akan sita tapi bagi surat suruh pergi buat inspection .. namun ia tidak menjadi masalah kerana kesemua perkakasan yang digunakan boleh disalin semula tanpa sebarang pengubahsuaian.. Mesti lepas punya...
Enjin Dahaitsu L2s .... Klu nak tukar enjin L2S ni kenalah pergi uruskan pendaftaran kat JPJ
cam ne nak kenal pasti enjin L2 dan L5
Tapi sekarang ni dia orang dah campur-campur klu depan L5 kat belakang L2s eeemmm tah lah
kang kadang depan plak L2s kat belakang modeno... tak kira lah.. janji kereta nampak cun...
Yang ni colour terbaru sesuai kat kancil yang di modifikasi...
zaman sekarang ni muda mudi amat menggemari colour-colour fun lah...
Tak kurang ade yang memilih colour jenis Sparkling cristal effect cam kat bawah ni..
Rata rata sentuhan L5 dan L200s ni masih lagi menjadi tonggak utama dalam proses modifikasi K-Car di negara kita. Keratan "Wheel House" yang dulu tidak pernah dibawa masuk, kini boleh diperolehi dikedai potong.Kaedahnya pemotongan juga sudah berubah bagi membolehkan kesemua komponennya boleh digunakan kembali.. Gilalah semuanya boleh buat duit... Alang-alang main Mira.. Lagi tak jadi serupa Mira lagi tulah kira tak siap...
ConversionConversion EmoticonEmoticon